Thursday 9 August 2012

Panduan Menghindar Sakit Tulang Belakang

  1. Duduk 
    • Rapatkan punggung dan sandarkan belakang pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.
    • Pastikan ketinggian tempat duduk sesuai dan kedudukan peha selari dengan lantai.
    • Campurkan aktiviti dengan senaman/regangan/berjalan. 
  2.  Memandu
    • Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk hadapan supaya lutut selaras dengan pinggang.
    • Sokong bahagian bawah belakang menggunakan tuala yang digulung atau penyokong jika perlu.
  3. Berdiri dan Berjalan
    • Tukarlah posisi berdiri dengan kerap jika perlu berdiri lama.
    • Berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan.
    • Berjalan dengan cara yang betul, dagu ke dalam, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan.
    • Pakailah kasut yang mempunyai tumit rendah dan selesa.
  4. Tidur
    • Tidur diatas katil yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.
    • Apabila tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya bersentuhan atau apabila tidur menelentang, letakkan bantal dibawah lutut.
  5. Angkat Barang
    • Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang anda. Bawa beban rapat pada tubuh. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat.
    • Dapatkan bantuan orang lain sekiranya anda sukar untuk mengangkat berseorangan.